Sunday, August 15, 2010

LANGKAH- LANGKAH KESELAMATAN

  • Seperti diod, transistor juga perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Langkah-langkah keselamatan seperti berikut perlu dipatuhi supaya transistor tersebut tidak rosak.
  1. Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan-tamatan transistor supaya penyambungan antara dawai dengan bahan separuh pengalir tidak terjejas.
  2.  

Pengujian transistor dan kerosakan transistor

  •  Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan terbuka dan terpintas, maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh di gunakan untuk menguji kerosakan tersebut.

  • Transistor seolah-olah 2 diod yang disambung terbalik.Jika ujian terhadap kedua-dua diod ini positif, transistor ini berkeadaan baik. Rajah 7.8 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm.


  • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.   


  • Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm. Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.

  1.  Tanda kaki transistor 
  2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
  3.  Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini.
  4. Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan pincang ke depan [Dalam contoh di atas, transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6].
  5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4. Kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut.[Dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2.
  6. Jenis transistor ditentukan berdasarkan kenyataan berikut:
Transistor PNP-jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog.
Transistor NPN-Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog.
[Dalam contoh di atas transistor adalah jenis PNP].

  1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod
  2. Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah dikenalpasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah 7.9)
  3. Kenalpasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
  4. Dalam contoh diatas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi ialah keadaan 2. Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemancar manakala kaki 3 ialah elemen pemungut.
  
 

Pengenalan Diri

Halooo.. kami dri kump. eecurrent tdiri drp 2 org brader iai2 Muhammad Shazmeer bin Ismail & Zulhilmi bin Baharuddin. Skrg kami msih plajr lagi & kami tlh ambil course ELEKTRIK ELEKTRONIK d sbuah skolh. Bye2